Selamat Datang ke orionFM "Dimensi Baru Hiburan Berinteraktif"

Selamat Datang ke orionFM "Dimensi Baru Hiburan Berinteraktif"


Stream Title:
 

Lagu Sekarang:
Loading...
Status Server:

Winamp windows Media Player Real Player QuickTime

orionFM LIVECHAT

LIVE Chat Hosted By Chatroll & Chatango


[Sila daftar nick/ID anda di www.chatroll.com]

[Sila daftar nick/ID anda di www.chatango.com]

Request Box [Minta Lagu Dari Dj Yg Sedang ON AIR]

Hanya Dua (2) Buah Lagu Sahaja Dibenarkan Pada Satu2 Masa. Sila Semak Dahulu Playlist Sebelum Membuat Request. Terima Kasih!
ShoutMix chat widget

orionFM Top Star 20

*Carta berdasarkan kedudukan di rick.com dan hotfm 30
*Dikemaskini setiap minggu

Thursday, February 03, 2011

Piano


Piano iaitu alat muzik yang dimain melalui keyboardnya. Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda kebod suara untuk menguatkan bunyinya.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Wednesday, February 02, 2011

Nota muzik

Penggubah (ataupun komposer) merujuk kepada seseorang yang menulis notasi muzik; iaitu sistem yang mewakili aura muzik melalui penggunaan simbol-simbol tertentu, yang membolehkan ahli muzik memainkan nota tersebut sebagai muzik tersusun. Inilah yang membezakan seorang penggubah daripada seorang ahli muzik yang mengimprovisasi atau bermain alat muzik.

Istilah "penggubah" atau "komposer" kerap digunakan untuk merujuk kepada muzik tradisi barat iaitu muzik klasikal. Untuk lagu-lagu biasa seperti muzik popular, lagu-lagu rakyat dan lain-lain, istilah yang biasa dipanggil adalah penulis lagu kerana kebiasaanya muzik popular mengambil bentuk sebagai satu lagu dan juga kerana skala penulisan nota muzik yang kecil, berbanding dengan penggubah atau komposer muzik klasikal yang biasanya dikaitkan dengan gubahan besar seperti simfoni orkestra. Namun sejak kebelakangan ini, kebanyakan penulis lagu muzik popular digelarkan sebagai penggubah atau komposer.

Tahap perbezaan antara penggubah dan ahli muzik juga adalah berbeza-beza. Perbezaan ini kadang-kala boleh memberi kesan negatif seperti isu hak cipta dan kecenderungan penghormatan untuk tafsiran individu dalam satu perincian bahagian muzik. Sebagai contohnya, dalam pembangunan muzik klasikal atau opera di Eropah, fungsi penggubah muzik pada asalnya tidak dianggap penting berbanding dengan fungsi persembahan muzik.

Pengekalan di dalam nota muzik kebiasaan tidak begitu diambil berat dan ahli muzik secara umumnya kerap menukar sedikit sebanyak penggubahan di dalam nota muzik. Walau bagaimanapun, menurut peraturan hak cipta hari ini, nota muzik asal tidak lagi boleh diubah suai sesuka hati tanpa alasan ataupun arahan rasmi (termasuk dari syarikat rakaman atau penggubah itu sendiri) . Walau bagaimanapun, para penyanyi atau pelakon (untuk drama muzikal atau opera terutamanya), boleh menafsirkan muzik melalui nyanyian dengan cara mereka sendiri.


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Tuesday, February 01, 2011

Gitar bass


Gitar bass (dipanggil juga bass elektrik atau sekadar bass dan disebut bes) ialah sejenis alat muzik bertali dimainkan selalunya dengan jari (samada dengan teknik plucking, popping, slapping, tapping atau thumping), atau dengan menggunakan plektrum. Sejak 1950-an, gitar bass telah menggantikan double bass dalam muzik paling popular seperti rock dan pop. Di era 1970-an pula, alat muzik ini biasa digunakan sebagai alat muzik solo, khususnya dalam jazz-fusion. Gitar bass direka sama seperti gitar elektrik, untuk mengatasi kekurangan kekuatan bunyi bagi alat-alat muzik akustik yang diperlukan dalam muzik country dan rock 'n' roll, serta supaya ia mudah alih di samping menjimatkan ruang. Alat muzik ini merupakan salah satu daripada alat muzik yang datang sebelum versi akustiknya. Gitar bass yang pertama dicipta oleh pereka cipta berbangsa Amerika Paul Tutmarc dengan rupa dan saiz mirip sebuah celo Dia telah membuat satu lagi rekaan kerana tidak berpuas hati dengan saiz yang sebelumnya, kali ini berdasarkan gitar elektrik, berfret dan direka untuk dimainkan secara melintang. Bass elektrik walau bagaimanapun tidak mendapat sambutan hangat di waktu itu, sehinggalah pada 1950-an. Pada tahun 1951, Leo Fender telah mengeluarkan versi gitar besnya Precision Bass yang menjadi gitar bes "piawai" waktu itu, selalu digunakan dalam muzik soul dan rekaannya diikuti oleh syarikat lain.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Apa itu Orion?


Orion adalah nama bagi satu daripada 88 buah buruj di langit. Secara kasarnya, ia terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain disekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap binatang. Tiga bintang sederet itu dipanggil oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik. Orion boleh dilihat di langit malam dari bulan Disember hingga Mac. Oleh sebab Orion terletak di Khatulistiwa samawi iaitu unjuran Khatulistiwa Bumi di angkasa, buruj ini boleh dilihat dari mana-mana tempat di hemisfera utara dan selatan. Namun, kedudukannya berubah dengan berubahnya arah pandangan tadi, menyebabkan timbul pelbagai mitos dan nama untuknya. Di sepanjang Khatulistiwa (termasuk di Malaysia), buruj ini kelihatan "terbaring" yakni dalam kedudukan lanskap manakala di hemisfera utara (contohnya AS atau Eropah) ia kelihatan tegak (kedudukan potret) dengan Bintang Tiga Beradik condong ke kanan atas. Di hemisfera selatan (contohnya Australia), ia kelihatan sebaliknya iaitu "tertonggeng" (terbalik atas bawah). Orion di dalam bahasa Inggeris dan Yunani bermaksud nama pemburu dalam legenda Yunani purba. Mengikut sudut pandangan di Eropah, empat biji bintang yang membentuk kerangka luar segiempat tepat buruj ini kelihatan seperti susuk tubuh manusia (dengan tambahan beberapa bintang lebih malap di luar segiempat ini); Bintang Tiga Beradik pula membentuk tali pinggang pemburu itu. Di bawah Bintang Tiga Beradik, terdapat pula beberapa biji bintang malap, kononnya membentuk pedang (atau sarung pedang) pemburu itu. Dalam bahasa Tagalog, buruj ini dipanggil Balatik. Dalam bahasa Arab, ia dipanggil al-Jauzah (الجوزة) yang bermakna "yang di tengah-tengah" atau al-Jabbār (الجبار) yang bererti "perkasa" atau "gergasi".


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...