Selamat Datang ke orionFM "Dimensi Baru Hiburan Berinteraktif"

Selamat Datang ke orionFM "Dimensi Baru Hiburan Berinteraktif"


Stream Title:
 

Lagu Sekarang:
Loading...
Status Server:

Winamp windows Media Player Real Player QuickTime

orionFM LIVECHAT

LIVE Chat Hosted By Chatroll & Chatango


[Sila daftar nick/ID anda di www.chatroll.com]

[Sila daftar nick/ID anda di www.chatango.com]

Request Box [Minta Lagu Dari Dj Yg Sedang ON AIR]

Hanya Dua (2) Buah Lagu Sahaja Dibenarkan Pada Satu2 Masa. Sila Semak Dahulu Playlist Sebelum Membuat Request. Terima Kasih!
ShoutMix chat widget

orionFM Top Star 20

*Carta berdasarkan kedudukan di rick.com dan hotfm 30
*Dikemaskini setiap minggu

Tuesday, March 15, 2011

Radio


Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumatelektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" ataupeti radio.

Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil stesen radio.Guglielmo Marconi dari Itali digelar sebagai pencipta radio.

Pada mulanya, radio atau radiotelegrafi dipanggil "telegrafi wayarles", atau singkatannya "wayarles" (wireless). Awalan radio- yang membawa erti penyiaran tanpa talian, julung kalinya dicatatkan dalam istilah radioconductor, ciptaan ahli fizik Perancis Édouard Branly pada tahun 1897, berasaskan perkataan Latin radiusyang bererti "jejari roda" atau "sinar cahaya". "Radio" sebagai kata nama dipercayai dicipta oleh pakar pengiklanan Waldo Warren (White 1944), dan juga kelihatan dalam sebuah rencana tulisan Lee De Forest pada tahun 1907, diterima guna oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1912, dan menjadi laris apabila bermulanya siaran komersil pertama di Amerika Syarikat pada 1920-an. Istilah "radio" turut diterima oleh bahasa-bahasa Eropah dan Asia. Negara-negara Komanwel British terus mengutamakan istilah "wayarles" sehingga pertengahan abad ke-20, meskipun majalah BBC di UK bernama Radio Times sejak julung kali diterbitkan pada awal 1920-an.

Baru-baru ini, istilah "wayarles" dibangkitkan semula menerusi perkembangan pesat perangkaian komputer jarak dekat, seperti Rangkaian Kawasan Tempatan Wayarles (Wireless Local Area Network, WLAN), WiFi, dan Bluetooth, tidak lupa juga perhubungan telefon bimbit, seperti GSM dan UMTS. Kini, istilah "radio" biasanya memaksudkan peranti atau cip penghantar-terima sebenar, manakala "wayarles" ialah sistem dan/atau kaedah yang digunakan untuk perhubungan radio. Oleh itu, kita membincangkan penghantar-terima radio dan Pengenalpastian Frekuensi Radio (Radio Frequency Identification, RFID), tetapi perantiwayarles dan rangkaian pengesan wayarles.

Sistem-sistem radio yang digunakan untuk tujuan perhubungan memerlukan unsur-unsur berikut. Setelah lebih seabad dibangunkan, setiap proses dilaksanakan oleh pelbagai kaedah yang dikhususkan untuk berbagai-bagai tujuan perhubungan.

Setiap sistem dilengkapi pemancar yang terdiri daripada sumber tenaga elektrik yang menghasilkan arus ulang-alik bagi frekuensi ayunan dikehendaki. Pemancar ini mengandungi sistemmemodulatkan (menukar) sesetengah sifat tenaga yang dihasilkan untuk menekankan isyarat padanya. Pemodulatan ini bolehlah semudah memasang tutup tenaganya, atau serumit mengubah ciri-ciri yang lebih terperinci seperti amplitud, frekuensi, fasa atau kesemuanya sekali. Pemancar menghantar tenaga elektrik yang dimodulatkan kepada antena bersalunan; struktur ini menukar arus ulang-alik yang cepat berubah, menjadi gelombang elektromagnet yang boleh melalui ruang legar (adakalanya dibantu pengutuban tertentu).

Gelombang elektromagnet melalui angkasa sama ada secara terus, atau dipantul, dibias atau dibelau untuk mengubah laluannya. Kekuatan gelombang menjadi lemah adalah kesan penyebaran geometri (hukum kuasa dua songsang); sesetengah tenaga adakalanya juga boleh diserap oleh bahantaranya. Selalunya, isyarat yang dikehendaki terdedah kepada perubahan akibat hingar; gangguan elektromagnet ini timbul dari pengaruh semula jadi dan juga buatan manusia seperti pemancar lain dan sinaran lain yang tidak disengajakan. Hingar juga terhasil di setiap langkah proses kerana ciri-ciri dalaman peranti yang digunakan. Jika magnitud hingar cukup besar, maka isyarat yang dikehendaki tidak boleh ditafsirkan lagi; inilah had asas pada julat komunikasi radio.

Gelombang elektromagnet dipintas oleh antena penerima yang ditala; struktur ini menangkap seberapa tenaga dari gelombang dan membalikkannya dalam bentuk arus elektrik yang mengayun. Di pihak penerima, arus-arus ini dinyahmodulatkan, iaitu ditukarkan menjadi bentuk isyarat berguna oleh subsistem pengesan. Penerimanya "ditala" untuk membalas kepada isyarat yang dikehendaki, sambil menolak isyarat yang tidak dikehendaki.

Sistem-sistem radio terawal bergantung sepenuhnya pada tenaga yang dikumpul oleh antena untuk menghasilkan isyarat untuk pengendalinya. Radio menjadi semakin berguna setelah diciptanya peranti-peranti elektronik seperti tiub vakum, disusuli oleh transistor, yang membolehkannya menguatkan isyarat yang lemah. Sistem-sistem radio terkini digunakan baik untuk mainan kanak-kanakwalkie-talkie mahupun kawalan kenderaan angkasa, tidak dilupakan juga penyiaran dan lain-lain kegunaannya.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...